Akaun mabkharaselangor.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Set Wangian Sunnah Bakhoor Gaharu
Bukhoor? Apa pula yang dimaksudkan dengan dengan Bukhoor?

Berbukhoor itu sebenarnya adalah amalan Sunnah. Biasa di pasang di rumah², majlis zikir dan mawlid. Selalu tengok kan? 

Bekasnya pula kita panggil Mabkhara, ada banyak jenis. Lepas kita bakar arang kita boleh tabur wangian yang kita pilih, akan jadi harum serumah. Sebaik baiknya pilihlah wangian daripada Gaharu Asli 100%. Gunalah apa yang Rasulullah ﷺ  guna

Okay sambung, selain kita dapat pahala menghidupkan Sunnah di rumah, ada beberapa kebaikan Bukhoor. Antaranya adalah jin sangat tak suka dengan bauan wangi Bukhoor.

Jangan salah sangka, walaupun kemenyan sinonim dengan sihir dan tok bomoh kerana asap adalah makanan jin. Tetapi! Bukhoor adalah 100% sebaliknya. Bukhoor adalah asap wangi dari kayu yang dibakar.

Jika baru tahu, ucaplah Alhamdulillah. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Dah tahu jom kita mula amal dan kenalkan keluarga dengan sunnah Rasulullah ﷺ 

Allahumma Solli 'Aala Sayyiduna Muhammad ❤️